Saturday 31 August 2013

I know I'm not yours :'D

Assalamualaikum :)

Korang mesti ada orang yang korang paling sayang kan ? Nak lupakan dia memang susah . Dugaan sungguh :( Sebenarnya apa yang Allah nak bagi dekat kita pun kita taktahu . Hanya sifat sabar mampu mengatasi segalanya . Menangis mungkin adalah jalan terbaik tetapi berdoa juga adalah yang terbaik .

NR dah banyak kali cerita dekat korang pasal orang yang kita sayang . NR selalu tertanya-tanya kenapa NR sayang dia , rindu dia , caring pasal dia sedangkan dia tak pernah nampak NR , tak pernah rindu NR , caring pasal NR . Bila NR bukak facebook ex dia NR baca conversation dia , NR sangat-sangat mengharapkan dia sembang macamtuh bila dengan NR tapi hanya angan-angan .

NR pernah cerita dekat korang dulu dan NR tengah alaminya sekarang . NR dah mula start tak caring pasal dia . NR takut sangat oneday NR lupa pasal dia . NR lagi takut kalau tak nampak dia dekat sekolah lagi tahun depan walaupun dapat IM and TEXT dia . Kalau NR tak tegur dia langsung dia bukannya nak tegur . Ini lah punca dulu NR tak tegur dia dekat 2 minggu NR mula lupakan dia sikit . Tapi malam jangan cakap ...

NR menangis gila gila bila nak tidur sebab rindu kan dia . NR taknak nampak dia sebab bila dia dah hilang nanti NR rindu dia . Korang mesti cakap NR gedikkan ? Kalau korang rasa macam mana sakitnya hati ni barulah korang tahu . 

NR selalu doakan dia dilindungi oleh Allah . NR selalu lepaskan rindu NR dengan doa je . NR rinduu dia gila gila walaupun kadang jumpa dia . NR nak macam dulu sembang dengan dia , gelak dengan dia . Isnin dia ada trial , NR harap dia boleh buat . NR akan sentiasa doakan dia berjaya . NR akan sentiasa berada di sisi dia walaupun dia tak tahu . 

Mungkin NR selalu senyum , gelak macam takde pape berlaku tapi sebenarnya hati ni dah remuk macam kena langgar dengan lori 10tan . Yang pasti NR nak dia bahagia that's enough . Tengok dia senyum pun sudah cukup untuk NR . Lama tak dengar suara dia walaupun ada jumpa dia . Dia suka senyum je kalau jumpa . Cubalah cakap sikit haha nanti mesti cair lol xD 

Awak kalau awak baca saya nak awak tahu yang saya okay je :') Jangan hiraukan saya , saya nak awak gembira walaupun saya tak . Tengok awak senyum pun saya dah rasa macam nak lompat je . Kalau awak terrrr-rindu saya tengok je bintang atau bulan . Sebab segala kerinduan saya , saya beritahu pada bulan dan bintang . Bagi saya mereka adalah kawan baik saya . Awak bagaikan penyinar hari saya .

Ingat ! Saya bahagia kalau awak bahagia . Saya sedih kalau awak sedih . Saya akan sentiasa berada disisi awak walaupun awak tak nampak . Mata saya selalu cari awak walaupun awak tak tahu . Hati saya selalu rindu awak walaupun awak tak tahu . Airmata saya selalu mengalir bila rindu awak walaupun awak tak tahu . Saya tahu saya bukan taste awak tapi tak mengapa saya terima janji kita masih boleh berkawan itu sudah cukup .

Saya luahkan segalanya disini agar awak tahu bagaiman peritnya hati ni merindui awak . Saya sayang dekat awak walaupun awak kurus melidi bak kata kawan saya . Kadang tak nampak awak sehari , saya rasa nak mati . Walaupun nak sekali pandang , saya tetap rindu . Saya nak awak cari yang lebih caring , lebih sayang dekat awak kalau saya bukan jodoh awak :) ngeee :P

Kalau boleh saya nak peluk awak ketat-ketat nak lepaskan rindu saya dekat awak tapi takboleh :( takpelah janji awak tahu saya sayang awak :'D 

Selamat Tinggal <3

Thursday 29 August 2013

Aku faham :')

Assalamualaikum :)

Hai korang :) sihat ? hehe NR sihat alhamdulillah dekat 2 hari tak nangis jadi okay lah sikit tapi semalam nangis rindu dia . Susahkan nak lepas orang yang kita sayang tahap gaban :) haish tak feeling pulak tulis entry *pasang lagu sedih*

Next week dia ada trial SPM . Wish a luck for you DH :) ehh betul ke english aku ni ? atotoyyy . Minggu ni dia memang stress NR tengok . Putus cinta lah itu lah ini lah . Kesian dia kalau boleh nak je berada dekat sisi dia selamanya2 nak bagi dia happy tapi apakan daya kan :')

NR doakan dia boleh buat yang terbaik xD Goodluck DH :)

Sunday 25 August 2013

You Da One :')

Assalamualaikum :)

Huwaaa rindu nya dia :( minggu ni banyak gila nangis sebab rindu dia . Dekat sekolah nampak , dekat rumah teringat dia haish pundekk punya budak muncul dalam hidup aku terseksa tau dop ! tapi tetap sayangg :*

Bila solat ingat dia nak nangis tahan . Bila nak tidur ingat dia nangis sampai tertidur adakalanya menangis bila tengok gambar dia . Bila berdoakan selalu doakan dia , harap termakbul . 

Hari rabu haritu NR bertugas jaga tangga dengan kawan . Tengah sembang punya la best tetiba ! Datang seorang makhluk asing yang tak begitu asing bernama DH . Wahhh ! terkejut eden terus pecut lari masuk dalam kelas sebelah tangga . Dia nampak  , dia mula mengeluarkan suara nya yang begitu lama ku tak dengar . Masa tu takde pape . Bila dia naik atas balik NR lari kehulur hilir fuhh macam marathon . Bila dia hilang dari pandangan mata NR , masa tulah NR lemah . Ni la sebabnya NR taknak tengok dia . NR nangis sebab rindu kat dia tahap gaban ! tau dop . Punya lah nangis dekat tangga , nasib ada kawan NR pujuk .

Setiap pagi nampak dia naik tangga pergi kelas . Masa tu jelah yang NR boleh hilang kan sedikit rasa rindu walaupun dia tak nampak . Kadang nampak dia rasa nak nangis tapi tahan je . Kadang nampak dia rasa nak marah nak lempang nak sepak nak terajang dia cukup2 tapi tak sanggup .

Pandangan mata NR kepada dia yang paling lama masa hari Jumaat . NR tunggu kak Chin lambat sangat , bila toleh tepi terrrrrrrrrr-nampak dia . NR tengok je dia masa dia tak nampak . Kalau dia tengok NR pun NR tengok . Entah lah dia tengok ke tak . Masa tu NR nampak senyuman gigi dia yang lama NR tak nampak hampir 1 bulan :'( Ya Allah terima kasih sangat2 . Lepas tu , nampak dia keluar dgn kawan dia , ingatkan dah keluar awal2 . Balik je tak habis2 fikir pasal dia .

What ? entry kali ni gila penuh pasal dia ! hahaha . You know , blog adalah tempat NR mengadu segala cerita dan kenangan yang NR tak boleh simpan dalam hati . Sakit sangat . Dulu dia tempat mengadu NR kalau NR rindu dia or pape . Sekarang kalau dia tanya mesti NR sembunyikan . Memang sakit hati ni tapi nak buat macam mana kan . Tapi NR kuat , malam adalah masa yang sangat sesuai untuk NR lepaskan segalanya ataupun mungkin tak segalanya . NR nangis sehabis2nya . Rindu semua NR keluarkannya dengan tangisan .

" ORANG YANG BANYAK MEMBERIKAN SENYUMAN KEPADA KITA SETIAP HARI ADALAH ORANG YANG AKAN MENGELUARKAN AIRMATANYA KETIKA BERSENDIRIAN "
itulah NR .

Okaylah that's all :) sayang korang and sayang abang :* Bye assalamualaikum .

Sunday 18 August 2013

Yoo Haloooooo !

Assalamualaikum :)

Lama tak update blog . Maklumlah kebelakangan ni asyik bukak kat tab je so malas nak bukak blogger walaupun dah install :) Asal korang tak tolong sapukan habuk-habuk ni ? hacummm ! tengok dah bersin hehehe ;P korang sihat ? alhamdulillah :) NR sihat jugak maybe terlebih sihat kot sebab asyik makan je . Duit raya dah berapa ? NR adalah sikit tapi dah lesap separuh beli phone :3 hahaha phone lama camera rosak *alasan* well NR memang obses dengan camera pun :*

I'm watching RunningMan while typing :) handal tak ? haha bangga sekejap . Korang tahu tak kasut VANS ? OMGADDD ! cantik gila kot tak boleh bayangkan kalau ada depan mata . Mana nak cari kasut VANS area St.18 Ipoh,Perak ? Aeon ? takde pun . Dah tawaf berpuluh-puluh kali takde punya . Kawan kata dekat Parade ada , tapi NR tak pergi parade sebab jauh and banyak budak tak elok means kelakuan budak kat sana tak elok . Ohhh whatever lah kasut tu :3

NR tengah happy gila sebab dapat phone baru . Bukan riak tapi bagitahu :3 hahaha . Alaahhh murah punya je mehh GALAXY YOUNG :) duit raya tak banyak sangat nak beli S4 hahahaha . Tapi papepun bersyukur sebab phone G.Y pun boleh install macam-macam . Bukan macam CORBY tak boleh install instagram :'( kalau tak install takpe jugak ni camera pun rosak merana gila doh . NR memang gila dengan camera , kalau tengok phone baru ni pun dah ada gambar . Sebenarnya banyak cuma delete sebab buruk :D hehehe .

Why raya tahun ni cepat sangat ? tak nikmat langsung boh . Tapi yang NR suka baju raya tahun ni memang cantik . Rasa tak sabar pulak nak tunggu jamuan hari raya kat sekolah hahaha *jalan macam artis* . For the first time pilih warna turqoise untuk tahun ni , nasib jumpa tudung yang match . 

NR rindu someone :'( NR rindu DH . Lama gila tak IM / SMS dengan dia . Agak dia sihat tak ? Makin sombong pulak dia lepas ada awek . Adik angkat dekat sini dok mencangkung tunggu dia balas IM /SMS tau dop ! Pape jelah dia ni . Btw, kalau dia baca just nak cakap ' HI RINDU ABANG :')' itu saja .  

Okaylah mata sudah tutup bukak tutup bukak ni . Nak tengok RunningMan pun tak senang ishh korang ni . Mimpi titew tau :* hahaha gedik pulak . So , Bye Assalamualaikum 

*tadah tangan* *mintak duit raya*

Tuesday 6 August 2013

Waa simpan dendam sama lu !

Assalamualaikum 

Tajuk entry kali ni memang ganas kan ? takut tak ? *tunjuk pisau* NR baru dapat berita ni petang tadi lepas balik dari AEON . Memang marah , sedih , geram , panas semua ada . Rasa nak bunuh je tapi masih boleh sabar dengan perangai manusia macamtu . Nak tahu storynya ? duduk dulu . Orang kata duduk tu duduk lah !

Jiran NR yang dikenali sebagai *tupppp* adalah manusia yang NR benci sejak petang tadi . Tengah happy otw balik dari bazaar tetiba ibu NR cerita pasal kehilangan mengejut kucing kesayangan NR *citam* . Pada mulanya NR ingat dia mati or pape larh rupa-rupanya jiran NR buang dia dekat pasar ! Sebab ? datang rumah dia kacau kucing dia . Tak ke fundekkk itu manusia ? Dah lah tak mintak izin . Selamba mak bapak tok nenek dia jea nak buang kucing orang macam buang pempes pakai bunag . Tak sedar diri pulak tu , dulu NR jugak yang tolong bagi anak kucing dia makan sebab kelaparan sebab tuannya balik kampung . 

Kalau boleh NR nak berdiri depan dia tunjuk jari tengah ! Dah lah tak kerja , dok harap si isteri je yang kerja . Solat jumaat pun tak . Dah lah tua ! Tak sedar diri ! Pentingkan diri pulak tu . Dah buang kucing orang baru sekarang nak bagi tahu sh** ! Siapa tak panas kalau kucing kesayangan di buang tanpa pengetahuan . Lepas dah berbulan2 baru nak bagi tahu . Asal ? Kecut ? Nasib aku kecik lagi kalau tak dah pancung kau dah ! 

Kau ingat ni ! Kalau kucing kau jejak jea rumah aku tak kan aku fikir 2 kali nak buang kucing kau dekat pasar . Ingat kucing kau bagus sangat ? Dah lah kedekut bagi makan . Kucing kau tu tak habis2 menjerit mintak makan dalam sangkar kau senang lena duk tengok tv . Kau ingat tu orang tua ! Oneday aku akan balas dendam kau . Manusia tak berperikemanusiaan ! 

Kucing aku tak ingin nak datang rumah kau yang macam sampah tu larh ngek ! Sedih NR bila fikir reaksi citam sampai dekat pasar *nangis* agak-agak dia sihat tak ? CITAMMM TITEW WINDUU KAMUUU :'( NAK JUMPA KAMU ! HUWAAAAAA CITAMMM :'( akan ku balas apa yang citam rasakan . Watchout okay ! I'll will not forget what you do to my lovely cat ! One word for you :) FU** (Y) ;)

* Pengajaran : Jangan jadi bajet sangat pleasee :)

*baling pisau*

Selamat Hari Raya :)

Assalamualaikum :)

Raya sudah dekat , semua dah siap belum ? kalau belum jangan malas duk termenung ingat boyprend , pi tolong lap tingkap ke , tukar langsir ke tapi jangan jadi lagsuir pulak :3 Semalam NR kepenatan mengubah suai kedudukan perabot bilik . Habis semua perabut bawak keluar , buang benda yang tak patut . Alhamdulillah tak sia-sia kemas cantik jugak bilik NR kali ni , makin lapang rasanya :D Tak caya meh datang rumah NR raya nanti pasti terkojut punya mehh :* 

Baju raya korang warna pa ? Hahaha NR tahun ni semua turqoise benda tah . Warna macam ni larh yang susah bila nak cari tudung :'( tapi alhamdulillah jumpa jugak bah . Yang paling excited nak raya nya sebab nak pakai handbag baru yooo ! hahah NR memang suka kumpul handbag , beli handbag yang cantik-cantik tapi guna memang tak tau nak cakap pa . Yang cantik gunalah , yang sederhana cantik jarang guna , yang memang tak cantik dah simpan dalam almari buat berhabuk ja .

Tadi petang NR ke belakang rumah port kucing-kucing NR landing , main-main and everything . Fuyooo ! NR ingat anak kucing sebelum ni sudah mati kat mana-mana rupa-rupanya masih hidup deme ni . Cuma OJI ja yang mati kod .  Nama anak kucing NR kali ni memang super duper pelik :3 nak tahu ka ? yela-yela kita kasik tahu *sabah bah* 

-TOJI
-MOJI
-BUBU 

Sedap tak ? hehehe momy yang beri nama itu . Sorry okay now mood NR nak speaking Sabah cikit , boleh dak ? hohohoho :3 Semua comel belaka bah , rasa mahu campak ja ke langit . Tapi sediss semua lincah nak tangkap pun macam tangkap ikan dalam laut yang suka lari-lari . NR paling suka sama BUBU sebab dia baik and pendiam sikit . Si MOJI pulak memang comel gila sebab muka dia petak dengan mata yang unik hidung penyek hahaha comel gila bak hang . Si TOJI pulak tak suka sangat sebab lincah . Nasib tak cedera NR tadi angkat dia . Nak main cakar-cakar si Toji tuk , babap karang -.-"  Tapi pa-pun mereka memang (Y) *thumb up* suka gila tengok mereka main-main kehulu-hilir kejar mengejar satu sama lain :*

Sebelum NR end kan entry ni , NR nak susun sepuluh jari memohon kemaafan kepada viewers kalau entry NR yang before ni menyakitkan hati anda :) Jangan lupa bagi duit raya ya ? Isi banyak-banyak sikit tau :) Byee Assalamualaikum :*

Saturday 3 August 2013

Alohaaa Blogg :'D

Assalamualaikum :)

Wahhh rindu blog titew ni . Lama tak update story korang mesti rindu kan ? hahha kalau tak rindu takpe tak kesah pung :* berhabuk blog ni dah lama tak bukak . Takde sape-sape nak tolong lapkan ke habuk tu ? bulan puasa ni kan elok tolong-menolong dapat pahala lebih tau hehehe :) Okay nak story dari mana ni ? banyak sangat story ni sampai tak ingat -.-" hahahha

Okay kita start dari hari jumaat larh boleh ? NR tak ingat nak story kat korang apa :)

Hari jumaat adalah di mana hari terakhir sebelum tamatnya persekolah dan semua pelajar dapat cuti selama 16 hari persamaan 2 minggu 3 hari :) hahahha NR sebagai budak sekolah semestinya seronok dengan berita itu . Ewahhh macam pembaca berita pulok titew ni hahaha . Pagi tu ada khatam al-quran , wahhh ! sedap dengar diorang baca surah-surah al-quran :'D Bila dah habis tetiba budak lelaki disuruh ke belakang tapi bag tinggal kan . Rupa-rupanya kena spotcheck ! hohohoho seronoknya edenn ! Masa check dok cari beg dia mana larh tak jumpa-jumpa . Wahh ! akhirnya jumpa jugak haha rasa nak lari je ke bag dia tapi kena sabar . Bila dah check bag budak lain sengaja jea NR dekat-dekat dengan bag dia lepastu terus ambik bag dia check :) tup tup jumpaaaaa kotak pensil ? hahahah tak boleh bagi tahu nanti dia marah doh ! sumpah lawak kotak pensil dia macam budak kecik . 

Okay story today pulakkk :)

Tadi pergi shopping dengan kakak dekat AEON ST.18 *nampak titew ?* dengan duit yang diberi habis kitaorang pulun satu AEON beli macam2 . Dengan kasut sampai 2 pasang nya hahahah . First time beli baju dekat ACE WIN . First time beli bag dekat HB . Wahhh ! bestnya jalan-jalan tadi :) Tup tup tup tersermpak dengan kakak senior NR (nurain syakirah) dia keluar dengan boyprend dia :) sweet bak hang :* hahaha semoga kekal okay :)

Okay NR tak tau nak story apa dah .. sudah blankkkkkk *tuppppppppppppppppppp* Ohhh yaa ! lagi 4 hari jea nak raya :D saya suka saya suka  ! Raya pertama tahun ni dekat Ipoh , malam tu baru gerak balik KL :) Tak sabar gila . Okaylah selamat malam :* tengah penat tunggu RUNNINGMAN nak start ni . Byeee Goodnite :*