Tuesday 10 September 2013

Casual Fashion 2013 :D

Assalamualaikum :)

Dekat malaysia ni asyik hujan ja kan ? tapi tidak menghalang peminat pakaian casual beraksi kan ! hahaha well NR memang suka pakai casual je cuma tidak ada baju simple2 semuanya padat dengan corak just a few clothe je :) But sometime kita blur nak pakai apa kan ? ohyeayyy ni yang nak bagi tips dekat korang . Tapi bukan tips tulis-tulis , tapi tips gambar untuk korang . Dun worry semua pic diambil dari INCIK GOOGLE but NR just ambil yang cantik , smart and sesuai dipakai di malaysia k :* 

Enjoy :)


































so that's all okay . Nanti NR update lagi tips-tips fashion untuk uolls k . Lepasni cadang nak update entry pasal kasut VANS yang super duper cantik nak mampus tu . If korang ada cadangan pasal entry seterusnya just IM NR dekat facebook k . Just click button FACEBOOK dekat atas tu and it will show my facebook k dear :* see ya 

Saturday 7 September 2013

Ohh legaa :')

Assalamualaikum :)

Fuhh lega NR bila luahkan segalanya dekat dia . Membalas sms dengan penuh tangisan , penuh perasaan sampaikan dia balas ' Aduhh rsa bersalah and speechless ' . Yela kan dia tak rasa apa yang NR rasa , maybe dia tengok NR boleh bersenyum , gelak sana sini dia ingat NR okay ja tapi sebenarnya NR tak setabah yang dia anggap . Bila dekat sekolah NR bagaikan memakai topeng gembira . Tapi bila sampai dirumah topeng itu mula terbuka dan kesedihan mula dirasai .

Whateverlah , tapi serius NR lega dapat luahkan walaupun tak semua . Legalah jugak perasaan sayang NR ni diluahkan kepada pemilik sebenarkan :) Harap sangat tak kacau di fokus kat tuisyen , belajar bersungguh-sungguh ya :) NR tak nak dia sakit or sedih , biarlah NR dapat semua tu janji dia gembira dan bahagia . NR rela sakit demi dia . NR tak sanggup tengok dia sakit nanti mesti NR pun turut rasa sakit itu . Kalau NR yang kena mungkin dia tak rasa sangat jadi baguslah . Cuma NR perlukan dia untuk jadi tempat mengadu atas segala kesakitan ini . 

You will feel what I feel right now . I really hate this feeling but I must be strong whatever happend . Ouch betul ke english tu? hahaha well bab english memang FAILED ! Hemmm , nasib ada lagu sandiwara cinta dalam phone kalau terplay lagu tu dengan pantas dia muncul dalam otak . Now tengah dengarlah ni sambil typing dan dia dalam otak NR tengah berpusing-pusing haha . 

So weird ! minggu ni banyak gila entry pasal dia . Ouhh ini gila sungguh and tersungguhlah gila . Racun apalah yang dia guna sampai melekat dekat hati NR ni atuyai seksa hidup enda . Tapi takpe ALLAH masih ada . Biarlah menangis setiap hari janji rasa sayang itu tidak hilang lagi :*

AWAK SELAMAT MALAM TATA :D

Shine Your Dayyyyyy :*

Assalamualaikum :)

Okayy don't worry NR dah semakin pulih dari penyakit menangis tapi malam tidak tahulah hahaha . Now NR happy entah kenapa walaupun sebenarnya banyak masalah yang datang . Dada ni berat lagi tau , tak lapang2 lagi fuhhhh -_- Korang sihat ? Alhamdulillah . Saya budak baik harini okay , saya datang sekolah kerana terpaksa walaupun tak suka :* Dulu bukan main panas berdentum sekarang ni hujan tak habis2 .Setiap masa sejuk je , ingatkan demam rupanya tak :P atuyaii baru nak happy kalau demam . Ohya ! cakap pasal gemuk ,dia demam kowd . Dah berapa hari entah kesian dia . DH ? Haaa pi lantak dia tengah couple dgn betina spek mata tu . Now i want to be happy esok gerak Putrajaya ada orang kahwin :) Uhhyeayyy

BTW , NR ada snap a few picture untuk tatapan korang . Hahaha saja2 je . mau tengok? Yaa ini dia . 2 gambar menjadi pelbagai rupa :P








comel dop ? hahaha kalau comel terimakasih ya :* NR taklah secantik/secomel korang dengan si awek DH tu . NR biasa2 je . Tengok gambar comel tapi depan2 ? *sunyi* hahaha . NR jenis yang peramah , friendly , periang , pemarah , tegas , keanak-anakan , gila , gedik dll . NR banyak kelemahan k tapi susah untuk dijelaskan hahah . 

So , that's all for today . Kebelakangan ni asyik update entry ja haha . 

BYE BYE BYEE MUAHHHHH :*

Friday 6 September 2013

I want you happy :)

Assalamualaikum :)

hai lama tak tulis blog rindu tak ? hemm :') now NR tengah sedih gila sebab selama ni segalanya dia bagitahu NR or NR dapat tahu sendiri tapi kali ni dia rahsiakan dari NR double what ?!?! arghhhh ! tulis entry ni pun muka sedih sambil sengetkan kepala . Terpaku NR bila dia cakap betul yang dia dah couple dgn orang lain .

 Dia ada tanya , kalau dia ada buat salah cakap mungkin dia boleh baiki . NR nakkkkkkkkkkk sangat bagitahu tadi tak sampai hati . Biarlah dia happy dengan awek dia . But i tell you here :-

Awak banyak buat salah . Kesalahan yang mungkin bagi awak hanya kecil kuman . Awak asyik couple dgn orang lain je ! saya sabar , tabah bak kata awak . Nak kata buta tak jugak sebab mata elok tersadai dekat muka hitam awak tu . Awak tak nampak saya ke ? haaa ! Ye saya tahu saya bukan taste awak tapi hargailah saya yang setia menunggu awak ni . Saya sayangggggggggggggggggggggggggggggggg awak sangat2 tapi macam ni awak buat . Kalau saya sms jarang balas kalau awek tu balas je . Tak adil ! Mu tau dop tak adil !

Berkecai macam kaca hati ni bila dapat tahu dia couple dgn orang lain . Kalau awak baca kirim salam dekat awek awak cakap dekat dia jaga awak leklok . Jangan bagi awak sedih , marah dan macam2 lagi . Hari awak sepenuhnya . Mungkin betul saya memang bukan jodoh dan takdir awak . Saya redha sebab semuanya saya serah kepada tuhan . 

Kalau betul saya nak awak tahu saya takkan pernah lupakan awak walaupun saya tak tegur awak dah . Hati ni masih simpan nama awak . Masih simpan segala kenangan bersama awak . Masih simpan ayat2 manis awak . Saya bersyukur dapat kawan dgn awak . Kalau boleh saya nak awak pujuk saya tapi mungkin awak takboleh sebab awek awak :') takpee . 

Setiap doa yang saya bacakan ketika habis solat mesti ada nama awak . Saya doa agar awak dilindungi . Setiap hari saya doa pasal awak . Cuba kira kalau setahun saya doa pasal awak , saya tak pernah lupa doakan awak . 

Kalau saya rindu kat awak saya dengar lagu SANDIWARA CINTA je . Kalau awak rindu saya makanlah gula2 yang saya bagi tadi tu . Itu gula2 kegemaraan saya . Apatah namanya lupa :) Awak ada 2 orang lelaki muncul dalam hidup saya sekarang tapi saya tetap sayang awak . Saya tak rela lepaskan awak . Awak tahu ke ? tak kowd kalau saya tak bagitahu . 

SELAMAT TINGGAL :')

Saturday 31 August 2013

I know I'm not yours :'D

Assalamualaikum :)

Korang mesti ada orang yang korang paling sayang kan ? Nak lupakan dia memang susah . Dugaan sungguh :( Sebenarnya apa yang Allah nak bagi dekat kita pun kita taktahu . Hanya sifat sabar mampu mengatasi segalanya . Menangis mungkin adalah jalan terbaik tetapi berdoa juga adalah yang terbaik .

NR dah banyak kali cerita dekat korang pasal orang yang kita sayang . NR selalu tertanya-tanya kenapa NR sayang dia , rindu dia , caring pasal dia sedangkan dia tak pernah nampak NR , tak pernah rindu NR , caring pasal NR . Bila NR bukak facebook ex dia NR baca conversation dia , NR sangat-sangat mengharapkan dia sembang macamtuh bila dengan NR tapi hanya angan-angan .

NR pernah cerita dekat korang dulu dan NR tengah alaminya sekarang . NR dah mula start tak caring pasal dia . NR takut sangat oneday NR lupa pasal dia . NR lagi takut kalau tak nampak dia dekat sekolah lagi tahun depan walaupun dapat IM and TEXT dia . Kalau NR tak tegur dia langsung dia bukannya nak tegur . Ini lah punca dulu NR tak tegur dia dekat 2 minggu NR mula lupakan dia sikit . Tapi malam jangan cakap ...

NR menangis gila gila bila nak tidur sebab rindu kan dia . NR taknak nampak dia sebab bila dia dah hilang nanti NR rindu dia . Korang mesti cakap NR gedikkan ? Kalau korang rasa macam mana sakitnya hati ni barulah korang tahu . 

NR selalu doakan dia dilindungi oleh Allah . NR selalu lepaskan rindu NR dengan doa je . NR rinduu dia gila gila walaupun kadang jumpa dia . NR nak macam dulu sembang dengan dia , gelak dengan dia . Isnin dia ada trial , NR harap dia boleh buat . NR akan sentiasa doakan dia berjaya . NR akan sentiasa berada di sisi dia walaupun dia tak tahu . 

Mungkin NR selalu senyum , gelak macam takde pape berlaku tapi sebenarnya hati ni dah remuk macam kena langgar dengan lori 10tan . Yang pasti NR nak dia bahagia that's enough . Tengok dia senyum pun sudah cukup untuk NR . Lama tak dengar suara dia walaupun ada jumpa dia . Dia suka senyum je kalau jumpa . Cubalah cakap sikit haha nanti mesti cair lol xD 

Awak kalau awak baca saya nak awak tahu yang saya okay je :') Jangan hiraukan saya , saya nak awak gembira walaupun saya tak . Tengok awak senyum pun saya dah rasa macam nak lompat je . Kalau awak terrrr-rindu saya tengok je bintang atau bulan . Sebab segala kerinduan saya , saya beritahu pada bulan dan bintang . Bagi saya mereka adalah kawan baik saya . Awak bagaikan penyinar hari saya .

Ingat ! Saya bahagia kalau awak bahagia . Saya sedih kalau awak sedih . Saya akan sentiasa berada disisi awak walaupun awak tak nampak . Mata saya selalu cari awak walaupun awak tak tahu . Hati saya selalu rindu awak walaupun awak tak tahu . Airmata saya selalu mengalir bila rindu awak walaupun awak tak tahu . Saya tahu saya bukan taste awak tapi tak mengapa saya terima janji kita masih boleh berkawan itu sudah cukup .

Saya luahkan segalanya disini agar awak tahu bagaiman peritnya hati ni merindui awak . Saya sayang dekat awak walaupun awak kurus melidi bak kata kawan saya . Kadang tak nampak awak sehari , saya rasa nak mati . Walaupun nak sekali pandang , saya tetap rindu . Saya nak awak cari yang lebih caring , lebih sayang dekat awak kalau saya bukan jodoh awak :) ngeee :P

Kalau boleh saya nak peluk awak ketat-ketat nak lepaskan rindu saya dekat awak tapi takboleh :( takpelah janji awak tahu saya sayang awak :'D 

Selamat Tinggal <3

Thursday 29 August 2013

Aku faham :')

Assalamualaikum :)

Hai korang :) sihat ? hehe NR sihat alhamdulillah dekat 2 hari tak nangis jadi okay lah sikit tapi semalam nangis rindu dia . Susahkan nak lepas orang yang kita sayang tahap gaban :) haish tak feeling pulak tulis entry *pasang lagu sedih*

Next week dia ada trial SPM . Wish a luck for you DH :) ehh betul ke english aku ni ? atotoyyy . Minggu ni dia memang stress NR tengok . Putus cinta lah itu lah ini lah . Kesian dia kalau boleh nak je berada dekat sisi dia selamanya2 nak bagi dia happy tapi apakan daya kan :')

NR doakan dia boleh buat yang terbaik xD Goodluck DH :)

Sunday 25 August 2013

You Da One :')

Assalamualaikum :)

Huwaaa rindu nya dia :( minggu ni banyak gila nangis sebab rindu dia . Dekat sekolah nampak , dekat rumah teringat dia haish pundekk punya budak muncul dalam hidup aku terseksa tau dop ! tapi tetap sayangg :*

Bila solat ingat dia nak nangis tahan . Bila nak tidur ingat dia nangis sampai tertidur adakalanya menangis bila tengok gambar dia . Bila berdoakan selalu doakan dia , harap termakbul . 

Hari rabu haritu NR bertugas jaga tangga dengan kawan . Tengah sembang punya la best tetiba ! Datang seorang makhluk asing yang tak begitu asing bernama DH . Wahhh ! terkejut eden terus pecut lari masuk dalam kelas sebelah tangga . Dia nampak  , dia mula mengeluarkan suara nya yang begitu lama ku tak dengar . Masa tu takde pape . Bila dia naik atas balik NR lari kehulur hilir fuhh macam marathon . Bila dia hilang dari pandangan mata NR , masa tulah NR lemah . Ni la sebabnya NR taknak tengok dia . NR nangis sebab rindu kat dia tahap gaban ! tau dop . Punya lah nangis dekat tangga , nasib ada kawan NR pujuk .

Setiap pagi nampak dia naik tangga pergi kelas . Masa tu jelah yang NR boleh hilang kan sedikit rasa rindu walaupun dia tak nampak . Kadang nampak dia rasa nak nangis tapi tahan je . Kadang nampak dia rasa nak marah nak lempang nak sepak nak terajang dia cukup2 tapi tak sanggup .

Pandangan mata NR kepada dia yang paling lama masa hari Jumaat . NR tunggu kak Chin lambat sangat , bila toleh tepi terrrrrrrrrr-nampak dia . NR tengok je dia masa dia tak nampak . Kalau dia tengok NR pun NR tengok . Entah lah dia tengok ke tak . Masa tu NR nampak senyuman gigi dia yang lama NR tak nampak hampir 1 bulan :'( Ya Allah terima kasih sangat2 . Lepas tu , nampak dia keluar dgn kawan dia , ingatkan dah keluar awal2 . Balik je tak habis2 fikir pasal dia .

What ? entry kali ni gila penuh pasal dia ! hahaha . You know , blog adalah tempat NR mengadu segala cerita dan kenangan yang NR tak boleh simpan dalam hati . Sakit sangat . Dulu dia tempat mengadu NR kalau NR rindu dia or pape . Sekarang kalau dia tanya mesti NR sembunyikan . Memang sakit hati ni tapi nak buat macam mana kan . Tapi NR kuat , malam adalah masa yang sangat sesuai untuk NR lepaskan segalanya ataupun mungkin tak segalanya . NR nangis sehabis2nya . Rindu semua NR keluarkannya dengan tangisan .

" ORANG YANG BANYAK MEMBERIKAN SENYUMAN KEPADA KITA SETIAP HARI ADALAH ORANG YANG AKAN MENGELUARKAN AIRMATANYA KETIKA BERSENDIRIAN "
itulah NR .

Okaylah that's all :) sayang korang and sayang abang :* Bye assalamualaikum .

Sunday 18 August 2013

Yoo Haloooooo !

Assalamualaikum :)

Lama tak update blog . Maklumlah kebelakangan ni asyik bukak kat tab je so malas nak bukak blogger walaupun dah install :) Asal korang tak tolong sapukan habuk-habuk ni ? hacummm ! tengok dah bersin hehehe ;P korang sihat ? alhamdulillah :) NR sihat jugak maybe terlebih sihat kot sebab asyik makan je . Duit raya dah berapa ? NR adalah sikit tapi dah lesap separuh beli phone :3 hahaha phone lama camera rosak *alasan* well NR memang obses dengan camera pun :*

I'm watching RunningMan while typing :) handal tak ? haha bangga sekejap . Korang tahu tak kasut VANS ? OMGADDD ! cantik gila kot tak boleh bayangkan kalau ada depan mata . Mana nak cari kasut VANS area St.18 Ipoh,Perak ? Aeon ? takde pun . Dah tawaf berpuluh-puluh kali takde punya . Kawan kata dekat Parade ada , tapi NR tak pergi parade sebab jauh and banyak budak tak elok means kelakuan budak kat sana tak elok . Ohhh whatever lah kasut tu :3

NR tengah happy gila sebab dapat phone baru . Bukan riak tapi bagitahu :3 hahaha . Alaahhh murah punya je mehh GALAXY YOUNG :) duit raya tak banyak sangat nak beli S4 hahahaha . Tapi papepun bersyukur sebab phone G.Y pun boleh install macam-macam . Bukan macam CORBY tak boleh install instagram :'( kalau tak install takpe jugak ni camera pun rosak merana gila doh . NR memang gila dengan camera , kalau tengok phone baru ni pun dah ada gambar . Sebenarnya banyak cuma delete sebab buruk :D hehehe .

Why raya tahun ni cepat sangat ? tak nikmat langsung boh . Tapi yang NR suka baju raya tahun ni memang cantik . Rasa tak sabar pulak nak tunggu jamuan hari raya kat sekolah hahaha *jalan macam artis* . For the first time pilih warna turqoise untuk tahun ni , nasib jumpa tudung yang match . 

NR rindu someone :'( NR rindu DH . Lama gila tak IM / SMS dengan dia . Agak dia sihat tak ? Makin sombong pulak dia lepas ada awek . Adik angkat dekat sini dok mencangkung tunggu dia balas IM /SMS tau dop ! Pape jelah dia ni . Btw, kalau dia baca just nak cakap ' HI RINDU ABANG :')' itu saja .  

Okaylah mata sudah tutup bukak tutup bukak ni . Nak tengok RunningMan pun tak senang ishh korang ni . Mimpi titew tau :* hahaha gedik pulak . So , Bye Assalamualaikum 

*tadah tangan* *mintak duit raya*

Tuesday 6 August 2013

Waa simpan dendam sama lu !

Assalamualaikum 

Tajuk entry kali ni memang ganas kan ? takut tak ? *tunjuk pisau* NR baru dapat berita ni petang tadi lepas balik dari AEON . Memang marah , sedih , geram , panas semua ada . Rasa nak bunuh je tapi masih boleh sabar dengan perangai manusia macamtu . Nak tahu storynya ? duduk dulu . Orang kata duduk tu duduk lah !

Jiran NR yang dikenali sebagai *tupppp* adalah manusia yang NR benci sejak petang tadi . Tengah happy otw balik dari bazaar tetiba ibu NR cerita pasal kehilangan mengejut kucing kesayangan NR *citam* . Pada mulanya NR ingat dia mati or pape larh rupa-rupanya jiran NR buang dia dekat pasar ! Sebab ? datang rumah dia kacau kucing dia . Tak ke fundekkk itu manusia ? Dah lah tak mintak izin . Selamba mak bapak tok nenek dia jea nak buang kucing orang macam buang pempes pakai bunag . Tak sedar diri pulak tu , dulu NR jugak yang tolong bagi anak kucing dia makan sebab kelaparan sebab tuannya balik kampung . 

Kalau boleh NR nak berdiri depan dia tunjuk jari tengah ! Dah lah tak kerja , dok harap si isteri je yang kerja . Solat jumaat pun tak . Dah lah tua ! Tak sedar diri ! Pentingkan diri pulak tu . Dah buang kucing orang baru sekarang nak bagi tahu sh** ! Siapa tak panas kalau kucing kesayangan di buang tanpa pengetahuan . Lepas dah berbulan2 baru nak bagi tahu . Asal ? Kecut ? Nasib aku kecik lagi kalau tak dah pancung kau dah ! 

Kau ingat ni ! Kalau kucing kau jejak jea rumah aku tak kan aku fikir 2 kali nak buang kucing kau dekat pasar . Ingat kucing kau bagus sangat ? Dah lah kedekut bagi makan . Kucing kau tu tak habis2 menjerit mintak makan dalam sangkar kau senang lena duk tengok tv . Kau ingat tu orang tua ! Oneday aku akan balas dendam kau . Manusia tak berperikemanusiaan ! 

Kucing aku tak ingin nak datang rumah kau yang macam sampah tu larh ngek ! Sedih NR bila fikir reaksi citam sampai dekat pasar *nangis* agak-agak dia sihat tak ? CITAMMM TITEW WINDUU KAMUUU :'( NAK JUMPA KAMU ! HUWAAAAAA CITAMMM :'( akan ku balas apa yang citam rasakan . Watchout okay ! I'll will not forget what you do to my lovely cat ! One word for you :) FU** (Y) ;)

* Pengajaran : Jangan jadi bajet sangat pleasee :)

*baling pisau*

Selamat Hari Raya :)

Assalamualaikum :)

Raya sudah dekat , semua dah siap belum ? kalau belum jangan malas duk termenung ingat boyprend , pi tolong lap tingkap ke , tukar langsir ke tapi jangan jadi lagsuir pulak :3 Semalam NR kepenatan mengubah suai kedudukan perabot bilik . Habis semua perabut bawak keluar , buang benda yang tak patut . Alhamdulillah tak sia-sia kemas cantik jugak bilik NR kali ni , makin lapang rasanya :D Tak caya meh datang rumah NR raya nanti pasti terkojut punya mehh :* 

Baju raya korang warna pa ? Hahaha NR tahun ni semua turqoise benda tah . Warna macam ni larh yang susah bila nak cari tudung :'( tapi alhamdulillah jumpa jugak bah . Yang paling excited nak raya nya sebab nak pakai handbag baru yooo ! hahah NR memang suka kumpul handbag , beli handbag yang cantik-cantik tapi guna memang tak tau nak cakap pa . Yang cantik gunalah , yang sederhana cantik jarang guna , yang memang tak cantik dah simpan dalam almari buat berhabuk ja .

Tadi petang NR ke belakang rumah port kucing-kucing NR landing , main-main and everything . Fuyooo ! NR ingat anak kucing sebelum ni sudah mati kat mana-mana rupa-rupanya masih hidup deme ni . Cuma OJI ja yang mati kod .  Nama anak kucing NR kali ni memang super duper pelik :3 nak tahu ka ? yela-yela kita kasik tahu *sabah bah* 

-TOJI
-MOJI
-BUBU 

Sedap tak ? hehehe momy yang beri nama itu . Sorry okay now mood NR nak speaking Sabah cikit , boleh dak ? hohohoho :3 Semua comel belaka bah , rasa mahu campak ja ke langit . Tapi sediss semua lincah nak tangkap pun macam tangkap ikan dalam laut yang suka lari-lari . NR paling suka sama BUBU sebab dia baik and pendiam sikit . Si MOJI pulak memang comel gila sebab muka dia petak dengan mata yang unik hidung penyek hahaha comel gila bak hang . Si TOJI pulak tak suka sangat sebab lincah . Nasib tak cedera NR tadi angkat dia . Nak main cakar-cakar si Toji tuk , babap karang -.-"  Tapi pa-pun mereka memang (Y) *thumb up* suka gila tengok mereka main-main kehulu-hilir kejar mengejar satu sama lain :*

Sebelum NR end kan entry ni , NR nak susun sepuluh jari memohon kemaafan kepada viewers kalau entry NR yang before ni menyakitkan hati anda :) Jangan lupa bagi duit raya ya ? Isi banyak-banyak sikit tau :) Byee Assalamualaikum :*