Monday 17 June 2013

Trust me !

Cinta dan sayang saya pada awak itu amat dalam . Perit mana pun hati menahan saya sanggup . Bukan karna CINTA ITU BUTA tetapi kerana  CINTA ITU ANUGERAH . Keprihatinan yang saya beri kepada awak itu bukan karna nafsu tetapi karna rinduuu :') Biarpun awak menganggap saya hanya seorang kawan , saya tidak kesah kerana itu sudah cukup buat saya . Awak amat bertuah kerana saya tidak memilih awak dari segi gaya dan rupa tetapi saya memilih awak dari segi hati dan perwatakan yang matang . Terima Kasih kerana memberi senyuman yang menawan kepada saya setiap kali berjumpa :) Walaupun adakalanya senyuman yang awak beri tidak mengembirakan saya , saya  tetap bersyukur . Adakala air mata yang mengalir itu kerana hati saya luka tetapi adakalanya kerana awak bersama dengan kekasih awak . Saya menerima segalanya dengan tangisan dan hati yang terbuka :'D Tatkala saya keseorangan ketika itulah saya akan memikirkan awak . Dikala saya ketakutan saya akan memikirkan awak . Saya cuma takut jika awak hanya memberi harapan yang palsu kepada saya . Saya takut suatu hari nanti kita lupa sesama sendiri . Saya takut ! Tapi saya redha kerana itu yang terbaik . Awakkkk terima kasih kerana berada disamping saya , mendengar cerita pahit manis saya dan segalanya . Terima Kasih kerana telah memberi semangat dan kekuatan kepada saya disaat dugaan menimpa saya . Saya juga amat berterima kasih kepada ALLAH S.W.T kerana telah memperkenalkan awak kepada saya walaupun saya sedikit kecewa . Insya-Allah selagi saya bernafas di dunia ini , saya akan menjaga dan mengambil berat pasal awak . Saya hanya mampu berdoa agar awak menjadi milik saya . Walaupun awak hanya menjadi milik saya di dalam mimpi , saya tetap akan menunggu Insya-Allah :') Jika suatu hari nanti kita terpisah , saya hanya mahu awak bahagia bersama dengan kekasih awak . Tapi ingat bahawa saya tidak akan melupakan diri awak . Saya janji kepada awak yang saya tidak akan melupakan awak jika nafas saya masih belum berhenti :'D Awak .... Saya Sayang Awak :'D
#DH

No comments:

Post a Comment